25 Januari 2012

Tahukah Anda: Keringnya Tasik Ini Mendatangkan Satu Petanda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib4RZLdqeaJYCa29XGM7wbEGe1X6XMxXBFwANZq58TdC7E2Dl18qpBRxgXm36fXeq7tKDKH8q9dvseJmLMIqlx-cVe31xctBzP0knb6U9bh4QnbkkKbMtO7yGjZKfbm1Fduw6HMinwXdA/s1600/LAHAN-KERING.jpg




Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.

Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka bertemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). 

Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
   Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
   Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
   Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
   Mereka menjawab “Ya.”
   Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..

[Ringkasan daripada Sahih Muslim]


 Gambar Tasik Galilee yang diambil dari Google Earth...




Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.

Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi.