23 Jun 2011

My Project: Final Year Projek "SMART CARRIER" #2

          Post kali ni saya nak cerita sedikit tentang prosedur untuk mereka atau membuat Smart Carrier. Dari membuat struktur projek hinggalah ke pemasangan komponen. Masa yang diambil untuk menyaipkan projek ini adalah 5 bulan tetapi bilik untuk membuat projek hanya dibuka untuk 1 hari sahaja seminggu. Jadi untuk buat sesuatu projek mesti kena ada plan barulah dapat gunakan sepenuh masa yang diberikan dengan kerja yang berfaedah. Di bawah ni menunjukkan perancangan asal projek(kononnye)..hee




          Untuk mendesign dan merekabentuk projek, tugas ini telah diambil oleh saya setelah melihat beberapa kemungkinan untuk projek saya terbengkalai. Sambil dibantu oleh 2 teman saya Syed dan Khairul, akhirnya projek ini dapat saya disiapkan. Itu pun dengan pertolongan engineer bantuan dari Jepun, En Naziran Khalis Omar yang memberi idea dan tip untuk menyelesaikan beberapa masalah. Kat bawah nie ade saya sediakan video proses pembuatan Smart Carrier.



           

          Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelaras projek kami iaitu En Muhammad Hafiz Bin Ahmad Sohan kerana telah banyak membantu untuk menyiapkan projek ini. Beliau merupakan pakar dalam projek Robocon dan RobotCombat/Gamez. Terima kaseh... 


bersambung....