26 Oktober 2011

My Project: Final Year Projek "SMART CARRIER" #3

          Assalam. Dah lama tak post kat blog nie....rasa-rasa dah 3 bulan kut. Saya terlalu sibuk sebab sem ni saya LI(latihan industri). Masuk kerja pukul 7.00....balik pun pukul 7.00. Balik-balik dah kira nak tidur dah. Jadi tak da masa nak online.(alasan je tu :p)
                                                            


          Untuk post kali ni nak tunjuk sikit video demonstrasi projek saya iaitu "Smart Carrier". Setelah bertungkus-lumus tidak tidur selama tiga hari akhirnya projek saya dapat juga berfungsi juga. "Smart Carrier" ini dapat bergerak kehadapan, kebelakang dan melakukan pusingan.

          Walaubagaimanapun, untuk pergerakan menaiki tangga menghadapi sedikit masalah teknikal. Motor yang ditugaskan untuk melakukan pergerakan menaiki tangga tidak mampu berpusing kerana beban yang melampau. Jadi untuk pergerakkan menaiki tangga ini gagal difungsi  pada projek.

          Bagaimanapun itu tidak mematahkan semangat kami untuk membuat persembahan atau present projek kepada lecture. Walaupun tidak dapat membuat yang terbaik untuk projek ini, tetapi saya yakin satu hari nanti saya pasti akan dapat buat yang lebih terbaik.




          Kepada kawan-kawan dan lecture-lecture yang telah banyak memberi tunjuk ajar, pujian, sokongan, galakan, semangat, panduan, mahupun sindiran...saya mewakili kumpulan fyp saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kerana tanpa anda semua projek ini tidak akan terhasil. Anda merupakan sebahagian daripada ingredient projek ini ;)